Berita  | Dunia

Parti pimpinan Benjamin Netanyahu dijangka menang pilihan raya Israel

Parti pimpinan Benjamin Netanyahu dijangka menang pilihan raya Israel
Kiraan awal juga menunjukkan parti berhaluan kanan pimpinan Netanyahu, Parti Likud dan beberapa parti kebangsaan lain bakal menguasai Parlimen.
TEL AVIV: Benjamin Netanyahu berada di hadapan dalam pilihan raya Israel yang bakal menentukan Perdana Menteri regim Yahudi itu, berdasarkan keputusan tidak rasmi yang dikeluarkan pada Rabu.

Kiraan awal juga menunjukkan parti berhaluan kanan pimpinan Netanyahu, Parti Likud dan beberapa parti kebangsaan lain bakal menguasai Parlimen.

Keadaan ini juga mengukuhkan kedudukan Israel sebagai paksi kuasa yang berhaluan kanan lantas memadamkan semua harapan rundingan damai dengan Palestin.
Penguasaan antara 65 hingga 55 peratus kerusi di Parlimen berjaya diperoleh Parti Likud dan sekutunya, walaupun wujud jangkaan dakwaan jenayah yang ke atas Netanyahu.

Keputusan rasmi dijangka diketahui pada Khamis.

Suasana politik Israel dijangka terus hangat selepas ini apabila rundingan antara Parti Likud dan sekutu-sekutunya untuk menentukan barisan kabinet.

Pada pilihan raya tersebut, Netanyahu berhadapan dengan bekas pemimpin tentera Benny Gantz, yang dikatakan boleh jadi alternatif terbaik kepada Parti Likud.

Kemenangan ini menjadikan Netanyahu sebagai pemimpin paling lama memerintah negara Zionist itu.

Rekod berkenaan sebelum ini dipegang pengasas Israel David Ben-Gurion.




Tag: Benjamin Netanyahu, Israel, Parlimen, pilihan raya, jenayah, Palestine


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.