Tutup

Berita  | Dunia

Pasangan suami isteri maut ditembak di Pattani

Pasangan suami isteri maut ditembak di Pattani
Polis sedang menyiasat motif kes tembak tersebut.
PATTANI: Sepasang suami isteri maut, manakala cucu perempuan mereka cedera dipercayai ditembak, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Jurucakap Polis Pattani berkata, dalam kejadian kira-kira 5.45 petang (waktu tempatan), pasangan berusia 60 dan 55 tahun itu, bersama cucu mereka berusia 2 tahun 7 bulan, sedang menaiki motosikal dalam perjalanan pulang dari pasar.
“Ketika di Kampung Tupat, Mukim Khuan Nori mereka dipercayai ditembak dua individu. Pasangan itu meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Pasangan itu mempunyai seorang anak yang merupakan seorang polis yang bertugas di Yala.
Polis sedang menyiasat motif kes tembak tersebut. 



Tag: pasangan suami isteri, maut ditembak, Polis Pattani, Pattani, Yala



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.