Jurucakap Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa perbincangan keselamatan sedang dijalankan bagi membolehkan wakil Pertubuhan bagi Larangan Senjata Kimia (OPCW) melakukan lawatan dan siasatan ke Douma, Syria.

Menurut wakil OPCW, pasukan keselamatan yang melakukan lawatan di kawasan yang didakwa menjadi sasaran serangan senjata kimia pada Selasa telah diserang oleh suspek tidak dikenali.

Mereka bertindak melakukan tembakan rambang dan beberapa siri letupan bagi menghalang kemaraan wakil pasukan keselamatan yang berada di sana.

Wakil pemimpin OPCW menerusi satu kenyataan menyebut bahawa pasukan keselamatan sepatutnya memberi penjelasan lengkap mengenai situasi sebenar yang berlaku di Douma.

Ini kerana lawatan dan siasatan mereka terpaksa ditangguhkan beberapa kali selepas berdepan pelbagai halangan untuk meneruskan misi ke sana.