Pihak berkuasa Mexico Selatan bertindak menyiasat seluruh pasukan polis di kawasan itu kerana didakwa terlibat dengan sindiket dadah.

Dua waran tangkap turut dikeluarkan terhadap dua pegawai kanan polis Acapulco yang dituduh membunuh.

Ia memburukkan nama Acapulco yang sebelum ini merupakan kawasan kegemaran pembikin filem pada era 1960an.

Pistol, radio dan baju kalis peluru polis merupakan antara barang yang dirampas.

Tugas penguatkuasaan di kawasan pinggit laut yang didiami 800,000 orang itu akan diambil alih oleh tentera dan polis kebangsaan.

Acapulco mempunyai kadar kes bunuh antara yang tertinggi di Mexico dan dunia.

Gaji rendah dan kurangnya latihan membuatkan polis tempatan menjadi mangsa sindiket dadah yang menawarkan rasuah.