Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Syria menggesa Rusia, Syria dan Israel menghentikan sebarang tindakan ketenteraan susulan pesawat pejuang Rusia ditembak jatuh di ruang udara Syria pada Isnin.

Bercakap pada Majlis Keselamatan PBB pada Selasa, Staffan de Mistura berkata, sebarang tindakan ketenteraan hanya akan memburukkan lagi keadaan yang sedia rumit.

Beliau menyuarakan kebimbangan selepas satu potensi serangan besar ketenteraan ke atas kubu kuat pemberontak di Idlib berjaya dibatalkan susulan perjanjian antara Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Isnin.

Wakil Rusia di PBB Vasily Nebenzya pula bertindak balas terhadap kenyataan Staffan dengan berkata, tidak perlu menggunakan Majlis Keselamatan untuk memberi tekanan kepada mereka.

"Mereka sedang melakukan lebih banyak dari semua orang di situ dalam usaha untuk menyelesaikan proses politik ini," katanya.