Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk serangan keganasan anti-Islam yang berlaku di Kandy, Sri Lanka pada hari Ahad.
Setiausaha Agung untuk Hal Ehwal Politik PBB, Jeffery Feltman menggesa agar kerajaan Sri Lanka membawa dalang rusuhan tersebut ke muka pengadilan.
"Pihak PBB mengutuk sekeras-kerasnya mengenai pelanggaran undang-undang atas serangan terhadap orang Islam di Sri Lanka," katanya.
Feltman bertemu dengan para pemimpin Islam tempatan untuk turut serta dalam solidariti bagi mendesak pihak kerajaan melaksanakan hukuman berat terhadap pelaku rusuhan dan mereka yang menyebarkan hasutan perkauman.
Beliau juga menyeru pihak kerajaan berkenaan menguatkuasakan undang-undang tanpa sebarang diskriminasi serta mengambil langkah pencegahan agar insiden demikian tidak berulang lagi.
BACA: Keganasan etnik: Sri Lanka isytihar darurat
Dilaporkan sekurang-kurangnya dua orang mati dan lima orang cedera parah akibat keganasan etnik yang berlaku antara penganut beragama Islam dengan penganut beragama Buddha di Kandy.
Insiden tersebut juga menyebabkan beberapa masjid dan rumah serta lot kedai milik seorang penganut Islam turut musnah.
Pihak berkuasa Sri Lanka mengisytiharkan darurat dan mengarahkan perintah berkurung bagi menghentikan kes pertembungan etnik yang berlaku di negara itu.
Pihak polis berjaya menahan suspek yang disyaki dalang kepada keganasan etnik itu.
Agensi
Mon Mar 12 2018
Pasukan Tentera Petugas Khas Sri Lanka berjalan melepasi masjid yang rosak akibat pertempuran antara dua etnik agama di Kandy, Sri Lanka. - Reuters
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Hari Wesak: Sambut dengan falsafah utama, berbuat baik sesama insan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan agar Keluarga Malaysia menyambutnya dengan falsafah utama iaitu berbuat baik sesama insan.
PM Muhyiddin ucap Selamat Hari Wesak
Muhyiddin berharap perayaan tahun ini dapat memberi semangat dan iltizam baharu kepada semua penganut agama itu supaya terus cekal dalam mengharungi segala cabaran demi kebaikan bersama.
Agong dan Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan semoga hari yang bermakna kepada penganut agama Buddha ini disambut dalam kebiasaan baharu.
Ketua-ketua institusi agama Sarawak sepakat sokong program imunisasi COVID-19
Ketua institusi agama di Sarawak menyeru agar orang ramai menyokong program imunisasi tersebut untuk sama-sama menjayakan misi mencapai imuniti kelompok.
Rumah ibadat bukan Islam dibenar beroperasi sepanjang PKP
Operasi itu tertakluk kepada beberapa SOP tertentu termasuk kehadiran tidak melebihi 30 orang dalam satu-satu masa.
PKP 2.0: Sambutan Tahun Baharu Cina di Tokong Mek sunyi
Tokong tertua di negara ini ditutup, bagi sebarang aktiviti keagamaan, sebagai mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.
Wanita berbapakan Muslim, ibu penganut Buddha, diisytiharkan sebagai bukan Muslim
Tengku Maimun memutuskan Rosliza bukan orang yang menganut agama Islam kerana tidak ada bukti bahawa beliau adalah seorang Islam dengan kepercayaan yang sebenar.
Protes Thailand: Sami Buddha dilarang sertai demonstrasi
Pejabat Buddha Kebangsaan (NOB) Thailand mengeluarkan perintah yang melarang sami agama Buddha daripada menyertai sebarang protes.
SOP pembukaan rumah ibadat dimuktamadkan Isnin
Wakil pelbagai agama sudah bermesyuarat dengan Menteri Perpaduan Negara hari ini bagi mengemukakan pandangan sebelum keputusan dibuat.
Ingat mesej Buddha supaya tolak keganasan - PBB
Ketika ketidakadilan semakin meningkat, Setiausaha Agung PBB memperingati mesej Buddha agar masyarakat bersatu menolak keganasan.