Buat kali pertama membuka cerita tentang upacara kemahkotaan baginda pada 65 tahun lalu, Ratu Elizabeth mendedahkan betapa tidak selesa berada dalam pedati diraja, dan betapa memakai mahkota diraja berisiko ‘patah tengkuk’.
Monarki Britain paling lama yang bertakhta itu telah ditabal sebagai ratu pada 2 Jun 1953 di Westminster Abbey, London, dalam satu istiadat mewah yang membawa tradisi seusang 1,000 tahun.
Reuters melaporkan, dalam satu edisi dokumentari BBC yang bakal ke udara pada Ahad, Ratu Elizabeth bercakap secara berseloroh tentang istiadat tersebut dan mahkota yang membawa peranan simbolik dalam upacara gilang-gemilang berkenaan.
"Teruk,” kata baginda mengenai perjalanan di dalam pedati emas seberat 4 tan dari Istana Buckingham ke Westminster Abbey, iaitu tempat raja-raja monarki Inggeris dimahkotakan sejak tahun 1066.
“Ia hanya berlapik material kulit, sangat tidak selesa,” kata baginda.
Elizabeth, kini 91 tahun, cuma berumur 25 tahun ketika menjadi ratu, setelah kemangkatan ayahandanya George VI pada 1952. Kemahkotaan tersebut berlangsung pada tahun berikutnya.
“Ia suatu permulaan kehidupan seseorang yang berdaulat. Ia seperti satu pertunjukan kesatriaan yang dilakukan mengikut istiadat lama. Saya pernah menyaksikan istiadat seumpamanya (ayahanda baginda pada 1937), dan saya pula dimahkotakan dalam satu istiadat lain. Itu luar biasa,” kata Elizabeth.
Menyingkap memori peribadi baginda, Elizabeth juga mendedahkan betapa baginda bersusah-payah menyarungkan persalinan diraja, yang diperbuat daripada sutera bersulamkan mutiara, serta benang emas dan perak.
“Saya teringat pada satu masa ketika hendak berjalan atas permaidani, saya tidak boleh bergerak langsung!”
Putera Charles sebelum ini pernah bercerita tentang pengalaman bondanya berlatih memakai Mahkota St. Edward yang seberat 2.2 kilogram tersebut ketika memandikan Charles.
Elizabeth memakai dua mahkota dalam istiadat itu – Mahkota St Edward, dan juga Mahkota Diraja 'Imperial State' yang bertatahkan berlian, seperti yang dikenakan ketika ke upacara rasmi seperti pembukaan Parlimen atau ketika membacakan ucapan dasar-dasar negara.
“Anda tidak boleh memandang ke bawah untuk membaca ucapan, anda perlu meninggikan kertas ucapan. Kerana jika anda berbuat demikian, tengkuk boleh patah dan mahkota akan tertanggal.
“Maka, ada beberapa kelemahan jika memakai mahkota. Namun selain daripada itu, ia adalah sesuatu yang penting,” kata Elizabeth tersenyum.
Elizabeth sebelum ini tidak pernah bersetuju untuk membuat temu bual rasmi sepanjang baginda bertakhta. Dalam dokumentari eksklusif BBC itu, baginda menceritakan pengalaman baginda di hadapan pakar istiadat kemahkotaan, Alastair Bruce.
Agensi
Sat Jan 13 2018
Ratu Elizabeth melangkah masuk ke Galeri Diraja Istana Westminster sewaktu pembukaan Parlimen di London pada 2010. - Reuters
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Pemilu 2024: Dokumentari ‘Dirty Vote’ dedah kecurangan Pilihan Raya Indonesia?
Indonesia hari ini kurang tenang dengan dokumentari Dirty Vote yang telah ditonton lebih 8 juta orang dalam tempoh kurang 24 jam.
Celine Dion hasilkan dokumentari perjalanan hidup derita penyakit SPS
Pemenang lima kali Grammy itu mengumumkan penghasilan I Am: Cline Dion sebagai salah satu cara dirinya untuk berkongsi dan meningkatkan kesedaran tentang penyakit SPS yang dideritainya.
Siapkan pakaian seminggu, David Beckham dedah kehidupan hidap OCD dalam dokumentari
Saya menghidap OCD di mana saya harus menempatkan semuanya dalam satu garis lurus atau semuanya harus berpasangan, kata Beckham.
'MH370: The Plane That Disappeared' undang pertanyaan penonton, teori konspirasi atau dokumentari?
Siri tiga episod itu disasarkan untuk menyiasat apa sebenarnya yang berlaku kepada penerbangan Malaysian Airlines yang hilang bersama 239 penumpang pada 2014 itu.
Dokumentari papar rakaman foto 'eksklusif' Ratu Elizabeth II bakal ditayangkan
Dokumentari berkenaan akan disiarkan sempena sambutan Jubli Platinum Ratu Elizabeth II.
Krisis Rusia-Ukraine: Sean Penn rakam dokumentari
Penn tiba di Ukraine pada akhir November tahun lepas dan telah melawat pangkalan tentera Ukraine di wilayah Donetsk.
Baju tidur Putera Charles digosok setiap pagi
Burrell yang bekerja dengan keluarga diraja Britain pada 1990-an juga mendedahkan Charles mempunyai beberapa permintaan yang spesifik bila tiba waktu mandi pagi.
Dokumentari JDT akan disiarkan di Discovery Asia esok
Dokumentari mengenai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) 'Fearless: Rise of the Southern Tigers' bakal disiarkan di saluran Discovery Asia, pada 9 malam (waktu Malaysia) esok.
Segerakan program imunisasi berkelompok untuk penggiat industri kreatif
Dalam keadaan tanpa vaksinasi pasti sukar bagi stesen atau penerbit luar untuk membuat dan membekalkan program baharu kerana risiko jangkitan akan berlaku.
Dokumentari 'Assassins' singkap pembunuhan Kim Jong Nam mula ditayangkan
Selepas hampir empat tahun kejadian pembunuhan abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un, Kim Jong Nam, satu dokumentari yang menyingkap sisi sebenar di sebalik peristiwa itu.