Seorang peguam wanita rentung selepas terperangkap dalam kebakaran yang berlaku di sebuah pangsapuri Gowlia Tank awal pagi Rabu.

Mangsa, Nargis Kanga, 65 tahun merupakan seorang peguam yang masih belum berkahwin dan tinggal bersendirian di flat tersebut.

Menurut polis, kebakaran berpunca daripada litar pintas yang berlaku sekitar jam 3 pagi (waktu tempatan).

Katanya, mayat mangsa ditemui berhampiran bilik air dipercayai terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri menuju ke pintu utama.

“Mangsa berasal dari Parsi, jadi kami akan mendapatkan bantuan Bombay Parsi Punchayat ( BPP ) untuk mencari waris bagi menuntut mayatnya,” kata Polis di Gamdevi.

Dalam insiden itu, para penduduk lain berjaya menyelamatkan diri mereka apabila mendapat amaran kebakaran.