Akibat cemburu seorang pemilik kedai getah bertindak merempuh pekerjanya sehingga maut di sebuah jalan dekat wilayah Sungai Golok pada Selasa.

Suspek Saroj Lee, 42, dikatakan berang terhadap mangsa yang dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Kejadian itu bagaimanapun sempat dirakam oleh CCTV premis milik suspek seperti yang dilaporkan portal Thailand The Nation.

Dalam video berdurasi 27 saat itu menunjukkan mangsa, Mada-oh Maba, 39, sedang membonceng motosikal sebelum dirempuh suspek menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hijau.

Rempuhan kuat itu menyebabkan Mada-oh tercampak dan terbaring di atas jalan raya.

Mangsa bagaimanapun cuba dibantu oleh seorang lelaki yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Namun usaha itu sia-sia apabila Saroj bertindak melanggar mangsa sebanyak dua kali sebelum melarikan diri menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

Polis telah memberkas suspek atas tuduhan membunuh 15 minit selepas kejadian.


Mada-oh Maba, 39, sedang membonceng motosikal sebelum merempuh suspek menggunakan sebuah kenderaan ‘pickup’ berwarna hijau.

Saroj bertindak melanggar mangsa sebanyak dua kali sebelum melarikan diri menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian