Kekecohan demi kecohan ditimbulkan sebilangan pelanggan yang enggan mematuhi peraturan premis perniagaan yang mereka kunjungi.
Baru-baru ini, dua pelanggan dilaporkan menumbuk pekerja sebuah pasar raya gara-gara ditegur tidak memakai pelitup muka.
Kejadian awal Mei lalu itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pasar raya berkenaan yang terletak di Van Nuys, California, Amerika Syarikat.
Menurut pihak berkuasa, kedua-dua suspek dikenal pasti sebagai Phillip Hamilton, 31, dan Paul Hamilton, 29.
Mereka ditahan atas tuduhan mencetuskan kekecohan, lapor KTLA.
Dalam paparan video berdurasi 21 saat itu, kedua-dua pelanggan terbabit jelas tidak mengenakan topeng muka ketika memasuki premis berkenaan.
Petugas pasar raya cuba menegur dan meminta mereka keluar dari premis, namun tindakan itu tidak disenangi suspek yang kemudian bertindak kasar dengan menumbuk kakitangan berkenaan.
“Ketika mereka sedang menuju ke pintu keluar, salah seorang suspek mula mencetuskan provokasi dan menumbuk kakitangan pasar raya menyebabkan kedua-dua mereka terjatuh.
“Malah, suspek kedua juga turut sama memukul kakitangan pasar raya dan kekecohan mula tercetus,” jelas jurucakap Jabatan Polis Los Angeles, Drake Madison.
Katanya lagi, pergaduhan turut menyebabkan pekerja pasar raya berkenaan patah tangan kirinya.
Jurucakap pasar raya berkenaan dalam kenyataannya berkata peraturan memakai topeng muka adalah bagi melindungi keselamatan pelanggan dan kakitangannya.
“Jika anda ingin mengunjungi sesebuah pasar raya, pastikan anda tahu dan patuh kepada peraturan premis tersebut,” kata jurucakap pasar raya itu.
Agensi
Tue May 12 2020
Pergaduhan itu turut menyebabkan pekerja pasar raya berkenaan patah tangan kiri. -Foto YouTube / Los Angeles Police Department
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Sekurang-kurangnya empat maut dalam insiden tembakan di sebuah bar di AS
Sekurang-kurangnya empat orang maut dalam kejadian tembakan di sebuah bar di negeri California di Amerika Syarikat pada Rabu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hurikan Hilary landa California
Selatan California telah mengalami kesan ribut sejak awal Ahad dan jumlah curahan hujan mula meningkat.
Putri Ariani tampil persembahan memukau sempena Hari Kemerdekaan Indonesia
Penyanyi kelahiran Indonesia, Putri Ariani tampil membuat persembahan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia (HUT) ke 78 di Istana Merdeka, Jakarta Pusat pada Khamis.
Kanak-kanak tidak sengaja tembak mati adik usia setahun di California
Mangsa yang cedera di kepala itu dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia pada 8.30 pagi Isnin waktu tempatan.
Enam maut, pesawat terhempas berhampiran lapangan terbang California Selatan
Sebuah pesawat ringan terhempas berhampiran Lapangan Terbang French Valley di California hingga mengorbankan kesemua enam penumpang.
'Wolverine' dikesan di California, kedua disahkan dalam tempoh 100 tahun
Seekor wolverine liar dikesan beberapa kali di California bulan lepas, menurut Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
2 terbunuh pesawat kecil ke Hawaii terhempas di pantai California
Sebuah pesawat kecil yang dipercayai dalam perjalanan ke Hawaii terhempas di pantai California, mengorbankan jurutebang dan pembantunya.
Gempa 5.44 pada skala Richter landa California
Gempa bumi berukuran 5.44 pada skala Richter menggegarkan 4 kilometer barat daya East Shore, California.