SEORANG eksekutif pemasaran restoran Taco Bell di Amerika Syarikat dipecat setelah menyerang seorang pemandu Uber.

Kejadian berlaku apabila Benjamin Golden diarah oleh pemandu Uber bernama Edward Caban untuk keluar dari kenderaan.

Ketika itu Golden dalam keadaan mabuk dan tidak memberikan alamat dan arah ke destinasi yang ingin dituju dengan jelas.

Golden yang enggan keluar kemudiannya bertindak untuk memukul dan memaki pemandu berkenaan.

Caban cuba mempertahankan diri dan menggunakan semburan pemedih mata sehingga Golden keluar dari kendaraan itu.

Susulan itu Caban menghubungi pihak berkuasa dan Golden ditahan pihak polis Costa Mesa.

Dia juga dipecat dari syarikat Taco Bell.

“Dengan sikap begitu, jelas sekali beliau tidak boleh bekerja dengan kami. Kami juga menawarkan dan mengalakkan beliau untuk mendapat bantuan professional,” kata Taco Bell dalam satu kenyataan.

Caban sempat rakam kejadian itu dan memuat naik video itu di akaun YouTube beliau.

Video berkenaan dimuatnaik pada 30 Oktober, dan kini menerima 1,937,017 views.