Tutup

Berita  | Dunia

Pekerja telekomunikasi digantung tugas gara-gara selamatkan kucing

Pekerja telekomunikasi digantung tugas gara-gara selamatkan kucing
Pekerja Verizon ini digantung tugas kerana menyelamatkan kucing yang terperangkap 12 jam di atas tiang. -Twitter/@SteveLindsayCBS
PHILADELPHIA: Seorang pekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di Amerika Syarikat dilapor digantung tugas selama tiga minggu gara-gara menyelamatkan seekor kucing bulan lalu.

Maurice German menyelamatkan kucing itu yang terperangkap selama 12 jam di atas tiang apabila diminta seorang penduduk ketika sedang bertugas di kawasan Port Richmond.

Atas dasar simpati terhadap kucing yang bernama Momma itu, German bertindak menggunakan peralatan milik syarikatnya Verizon untuk membantu kucing itu.


Memetik laporan portal CBS, wakil syarikat Verizon dipetik berkata mereka tidak senang dengan tindakan lelaki itu kerana ia melanggar polisi syarikat selain sangat berbahaya kepada dirinya serta orang ramai.
Verizon dalam kenyataan balas menganggap hukuman yang dikenakan terhadap German adalah wajar kerana polisi syarikat tidak membenarkan kenderaan dan peralatan syarikat digunakan untuk tujuan lain.

Sehubungan itu, syarikat itu tidak kisah sekiranya tindakan mereka tidak disenangi masyarakat atas alasan ia bagi menjaga keselamatan pekerja dan pelanggan semasa bertugas di luar kawasan.