PAKAR ekonomi Amerika Syarikat (AS) tidak tahu bila sektor pekerjaan di negara itu akan kembali berjalan seperti biasa.

Demikian dinyatakan Presiden Donald Trump yang menjangkakan keadaan mungkin bertambah baik apabila negeri-negeri mula membuka semula ekonomi mereka secara berperingkat.

"Saya kenal ramai pakar ekonomi. Mereka tidak tahu bila pekerjaan akan kembali. Saya pun tidak tahu bila pekerjaan ini akan kembali.

"Saya rasa ekonomi kita akan kembali pulih apabila negeri-negeri boleh kembali menyambung aktiviti ekonomi mereka. Dan ini yang berlaku ketika ini.

"Orang ramai teruja untuk kembali bekerja. Mereka ingin kembali bekerja. Anda dapat lihat ini, baik melalui tunjuk perasaan mahu pun dalam perbualan, mereka ingin kembali bekerja dengan pantas," katanya di Washington pada Khamis.