Sebilangan besar sekolah di Afrika Selatan menerima kedatangan pelajar pada Isnin selepas negara itu melonggarkan sekatan pergerakan.

Murid-murid Gred 7 dan 12 merupakan kumpulan pertama kembali ke kelas setelah sekolah ditutup pada Mac lalu ketika penularan wabak COVID-19 dikesan.

Bagaimanapun, pembukaan sekolah perlu mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

Di Sekolah Menengah Daleview Johannesburg, pelajar pelu memeriksa suhu badan sebelum mereka dibenarkan masuk.

Selain itu, cecair nyahkuman diletakkan di seluruh sekolah dan meja kelas dipisahkan sebagai sebahagian daripada langkah penjarakan sosial.

Sekurang-kurangnya 48,000 orang disahkan positif COVID-19 di Afrika Selatan, selain mencatatkan 998 kematian.