Kira-kira satu daripada empat pelajar sekolah menengah di Korea, didapati tidur kurang enam jam pada waktu malam, disebabkan kerja sekolah berlebihan, menurut kajian Kementerian Pendidikan lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.
Menurut kaji selidik terhadap 82,883 pelajar di 765 sekolah tinggi di seluruh negara terhadap pola tidur mereka antara April dan September tahun lepas, sejumlah 43.9 peratus responden didapati tidur kurang enam jam setiap malam, kata anggota parlimen Parti Demokratik, Kim Byung-wook.
Berdasarkan jantina, 35.6 peratus terdiri responden lelaki manakala 52.9 peratus pula pelajar perempuan.
Sejumlah 61.6 peratus responden di wilayah Daejeon berkata, mereka tidak boleh tidur lebih enam jam setiap malam.
Diikuti pelajar di wilayah Gyeongsang (50.4 peratus), Busan (49.2 peratus), Seoul (48.9 peratus) dan Jeju (48.5 peratus).
Sementara itu, pakar berpendapat kekurangan tidur itu, disebabkan belajar hingga lewat malam, melayari dan bermain permainan Internet, keadaan itu memberi kesan kepada kesihatan serta perkembangan mereka.
"Ia satu hakikat menyedihkan kerana mereka tidak dapat menikmati tidur yang lebih kerana dibebankan dengan belajar dan peperiksaan untuk masuk ke kolej," kata Kim.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2017
Pakar berpendapat kekurangan tidur disebabkan belajar hingga lewat malam, melayari dan bermain permainan Internet, memberi kesan kepada kesihatan serta perkembangan pelajar. - Gambar hiasan
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
Rupanya cara belajar ikut karakter, tips untuk bantu anak cemerlang akademik
Setiap anak mempunyai karakter tersendiri yang memberi kesan kepada pembelajarannya.
CITF lulus permohonan vaksin untuk 5,000 pelajar yang bakal ke luar negara - Khairy
Kelulusan itu diberikan kepada pelajar-pelajar yang perlu melanjutkan pengajian di luar negara dalam masa terdekat.
Pengorbanan saya selama ini berbaloi - Ibu Muhammad Hamdi
Rozita yang bekerja sendiri berkata penat lelahnya selama ini yang menumpukan perhatian terhadap akademik anak sulungnya itu ternyata tidak sia-sia.
Anak ada masalah berikan tumpuan? Mungkin inilah penyelesaiannya
Perkara biasa bagi kanak-kanak untuk sesekali melupakan kerja rumah mereka, tertarik dengan aktiviti riadah di siang hari, mengelamun semasa kelas, bertindak tanpa berfikir atau gelisah.
KPT bincang solusi terbaik isu yuran pengajian IPT
Perkara itu kini dalam proses perbincangan untuk mencari solusi terbaik bagi menyelesaikan isu tersebut.
COVID-19: Demi keselamatan, pelajar UPSI kuliah atas talian
Pensyarah dikehendaki menukar semua tugasan berbentuk lapangan atau bersemuka sama ada individu atau berkumpulan kepada tugasan secara online
Dalami ilmu kewangan dan perniagaan, Tun M gesa generasi muda
Perdana Menteri melayan pertanyaan melalui perbualan secara langsung daripada pengguna dalam Instagram yang kemudian disusun atur dalam bentuk video yang dimuat naik dalam akaun YouTube.
Ini 9 hobi boleh anda pelajari dalam talian, hobi ke-7 paling ramai suka
Laman sosial bukan sahaja tempat untuk kita bersosial, tetapi ia juga boleh menjadi tempat untuk kita berkongsikan sesuatu dan kini kita sering melihat ramai orang di laman sosial berkongsi kreativiti
Rocker legenda ini pemilik PhD dalam bidang astrofizik
Walaupun berimejkan rock beliau sebenarnya merupakan adalah merupakan graduan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Astrofizik
Altimet mahu kembali belajar mengaji Al-Quran
Semoga semuanya dipermudahkan buat Altimet