Polis Michigan lancar gerakan besar-besaran memburu seorang pelajar Universiti Central Michigan, selepas dia dilaporkan menembak mati ibu bapanya di dalam kampus.

Suspek, berusia 19 tahun, dikenal pasti sebagai James Eric Davis digambarkan bersenjata dan sangat berbahaya.

Polis kampus percaya insiden tembakan berpunca daripada pergaduhan.

Susulan insiden berkenaan, polis mengeluarkan perintah berkurung ke atas lebih 23,000 pelajar universiti tersebut.

Polis lancar gerakan besar-besaran kesan suspek yang menembak mati ibu bapanya di dalam kampus Universiti Central Michigan - Foto Reuters

Menurut siasatan awal, Davis menembak mati kedua ibu bapanya di bilik asrama, ketika mereka mahu menjemputnya untuk pulang sempena cuti musim bunga.

Mangsa dikenali sebagai Diva Davis, 47 tahun dan James Eric Davis Sr. , 48 tahun.

Mereka mati ditembak di tingkat empat Campbell Hall.

Polis juga mendedahkan Davis dimasukkan ke hospital sehari sebelum kejadian, kerana pengambilan dadah berlebihan.