Tutup

Berita  | Dunia

Pelancong panik beg 'terbakar' ketika berada di lapangan terbang

Pelancong panik beg 'terbakar' ketika berada di lapangan terbang
Power bank milik pelancong itu yang terbakar di luar Lapangan Terbang Chiang Mai. -CCTV Chiang Mai Airport
CHIANG MAI: Seorang pelancong mencetuskan panik apabila beg yang dibawanya terbakar ketika berada di sebuah lapangan terbang di Chiang Mai, Thailand.

Dalam kejadian yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) lapangan terbang itu, video itu menunjukkan lelaki dari Amerika Syarikat itu sedang berlegar di luar lapangan terbang sebelum tersedar beg yang disandangnya terbakar.

Dia dilihat dengan pantas melempar beg ke lantai sebelum ia terbakar sepenuhnya, lapor media tempatan.

Kebakaran berjaya dipadamkan seketika kemudian.
Siasatan awal mendapati terdapat cecair dari dalam beg pelancong itu yang dipercayai mengalir keluar dan menyebabkan kebakaran pada sebuah power bank yang dibawanya.

Penumpang yang tidak dinamakan itu dipercayai sedang mengecas telefon bimbitnya yang diletakkan bersama dengan botol air minuman dan minyak wangi di dalam beg.
Tiada kecederaan dilaporkan susulan insiden itu.