Pelarian Syria di Lubnan terus terjerumus ke dalam kemiskinan yang lebih buruk pada 2017.

Menurut Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), ketika ini terdapat lebih 1 juta pelarian Syria yang tinggal di Lubnan.

Ada antara mereka yang telah berada di negara berkenaan untuk 6 hingga 7 tahun dengan separuh daripadanya tinggal di bawah garisan kemiskinan tegar.

Ini adalah peningkatan daripada angka yang dicatatkan pada tahun lepas, menunjukkan keadaan semakin meruncing buat kumpulan pelarian ini.

UNHCR memerlukan sekitar AS$460 juta setahun untuk menyokong aktiviti bantuan kepada pelarian Syria di Lubnan, namun sehingga kini hanya 20 peratus daripada jumlah itu berjaya dikutip.

Memburukkan keadaan, pelarian ini sukar untuk memasuki pasaran pekerjaan dan menyara hidup mereka dan keluarga mereka.

Namun, ditengah suasana yang sukar itu, bantuan pendidikan dilaporkan bertambah baik untuk kumpulan kanak-kanak pelarian Syria di Lubnan.