PELATIH Apple Inc. dilaporkan menerima gaji sebanyak AS$7,000 (RM26,470) sebulan.

Menurut laporan Mashable yang menemuramah seorang bekas pelatih Apple berkata, beliau menerima sebanyak AS$2,500 (RM9,450) sebulan sebagai pelatih separuh masa.

Beliau turut berkata dapat menerima gaji sebanyak AS$5,000 (RM18,900) sebulan jikalau bekerja sepenuh masa.

Ada juga yang berjaya menerima gaji sehingga AS$7,000 sebulan.

Laporan yang sama turut berkata dengan ganjaran yang tinggi, para pelatih harus menjaga rahsia syarikat.

Mereka tidak boleh mendedahkan apa yang dilihat dan didengar di dalam syarikat teknologi berkenaan.

Untuk mengekalkan rahsia syarikat, Apple juga jarang mendedahkan apa yang sedang dilakukan di antara jabatan yang terdapat di dalam syarikat berkenaan.

Sementara itu, menurut laman web pekerjaan Glassdoor, gaji yang diberikan pelatih Apple sama dengan apa yang diterima oleh pelatih syarikat teknologi yang lain seperti Facebook dan LinkedIn.