Amerika Syarikat, (AS) mendedahkan bukti Iran membekalkan senjata kepada pemberontak Houthi di Yaman, sekaligus menunjukkan Tehran secara terangan melanggar relolusi Pertubuhan Bnagsa Bersatu, (PBB).

Ia termasuk peluru berpandu balistik jarak dekat Iran yang djumpai pada 4 November lalu, di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khaled di Riyadh, Arab Saudi, serta senjata drone dan senjata anti-tangki.

Iran bagaimanapun pada Khamis, menafikan perkara itu sambil menyifatkan ia senjata itu untuk tujuan pameran.

AS akui, ia tidak dapat mengesahkan dengan tepat bilakah senjata itu dipindahkan ke Houthi atau bila mana ia digunkaan namun, Duta AS ke PBB, Nikki Haley yakin, kesemua sejata itu dihantar dari Tehran.

"Kesemua ini dibuat di Tehran, datang dari Tehran dan diberikan oleh Iran," ujarnya pada sidang media di hangar tentera di Pangkalan Bersama Anacostia-Bolling, Washington.

Haley turut memaklumkan, bukti itu termasuk spesifikasi teknikal khusus menyatakan senjata itu dihasilkan di Iran.

AS ketika ini sedang mendesak negara-negara lain menentang tindakan Iran.

"Anda akan melihat kami membina gabungan untuk benar-benar menentang Iran dengan apa yang mereka lakukan," tegasnya lagi.