Pemain ski Kazakhstan, Denis Ten maut pada usia 25 tahun selepas ditikam oleh dua suspek tidak
dikenali pada Khamis.

Ten yang memenangi gangsa pada Olimpik Sochi 2014, meninggal di hospital di mana dia dilaporkan kehilangan banyak darah.

Kementerian Kebudayaan Dan Sukan Kazakhstan menyatakan Ten meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah selepas diserang dua suspek berkenaan.

"Dia dilaporkan ditikam di paha kanan," kata polis, sambil menambah, dia ditikam oleh dua penyerang yang tidak dikenali yang cuba mencuri cermin dari keretanya.

Ten yang berasal dari Korea mencatat rekod pemain ski Kazakhstan pertama meraih pingat di Sukan Olimpik musim sejuk.

Dia dilatih oleh jurulatih Amerika Frank Carroll.