Sejak sekian lama, kebanyakan warga asing yang berkunjung ke Bangkok berkata mereka 'kagum' dengan pemandangan kabel serta wayar yang berselirat di ibu negara Thailand ini, tetapi 'tarikan' ini akan menjadi sejarah tidak lama lagi.
Bagaimanapun, ini bergantung pada kejayaan usaha pentadbir bandar raya ini untuk mengalihkan kabel atas sepanjang beribu-ribu kilometer yang menghodohkan pemandangan itu ke bawah tanah mengikut perancangan dan langkah itu tidak mengalami nasib seperti sebelum ini.
"Kini sudah ada teknologi moden, maka kami menjangka dapat mengalihkan kesemua kabel atas sepanjang 3,500km di seluruh Bangkok itu ke bawah tanah dalam masa kira-kira 10 tahun atau 200-300km kabel setahun," kata setiausaha bahagian Bangkok Metropolitan Adminstration (BMA) Wanchai Thanomsak kepada Bernama baru-baru ini.
Dalam tempoh singkat, BMA, yang sama tarafnya dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), selesai mengalihkan kira-kira 500km kabel berkenaan, sebahagian besarnya terdiri daripada wayar elektrik voltan rendah dan wayar telekomunikasi, ke dalam struktur bawah tanah, katanya.
Menurut Wanchai, lima agensi kerajaan terlibat dengan projek berkenaan iaitu Suruhanjaya Penyiaran dan Telekomunikasi Negara, BMA, TOT Public Company Limited, CAT Telecom Public Company Limited dan Lembaga Penjanaan Tenaga Elektrik Thailand.
Beliau berkata usaha mengalihkan kabel berkenaan ke bawah tanah bermula 10 tahun lepas, tetapi tergendala kerana pelbagai masalah, sebelum dilaksanakan semula baru-baru ini oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-Cha.
Isu pemandangan kabel atas yang berselirat, khususnya di Bangkok, mendapat pendedahan media tahun lepas apabila pemilik Microsoft, Bill Gates, menulis tentang perkara itu di dalam media sosial.
Para pengulas tempatan mendakwa, komen beliau tentang perkara itu mendesak kerajaan mengambil tindakan serta dilaporkan bersetuju memperuntukkan kira-kira 51 bilion Baht (RM6.3 bilion) bagi tempoh 10 tahun untuk mengalih kabel berkenaan ke bawah tanah.
Ditanya sama ada langkah tersebut didorong oleh tujuan untuk menambah baik imej Thailand sebagai destinasi pelancongan global, Wanchai berkata pelawat ke negara ini tidak memberi fokus kepada kabel yang berselirat itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian kepada pelbagai tarikannya seperti Grand Palace (Istana Agong), yang dikunjungi 50,000 pelawat sehari.
"Mereka memberi fokus terhadap peradaban kami, keselamatan, identiti, keselesaan dan perkara lain," kata Wanchai serta menjelaskan bahawa sesetengah pelancong menyuarakan kekaguman mereka terhadap kabel yang berselirat di bandar raya ini dan tertanya-tanya bagaimana pihak berkuasa mampu memastikannya sentiasa berfungsi.
"Maklum balas daripada mereka itu memeranjatkan kami kerana mereka tidak mengkritik kami, sebaiknya melahirkan kekaguman (dengan kewujudan kabel atas yang berselirat itu)," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 13 2017
Pemandangan sebegini adalah sesuatu yang biasa di mana-mana sudut bandar raya Bangkok. - Reuters
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Sibujaya tidak lagi berimejkan pedalaman
Itu gambaran yang diberikan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika merasmikan Karnival Konsert Sibujaya 2023.
Naik taraf status MPAJ kepada bandar raya dalam tempoh tiga tahun - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan untuk menaik taraf status Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kepada sebuah bandar raya dalam tempoh tiga tahun lagi.
Ipoh raih tempat kedua PBT terbaik Malaysia kategori bandar raya
Semoga kejayaan itu menjadi pemangkin kepada MBI untuk lebih cemerlang dan menjadi penanda aras kepada PBT lain di seluruh Malaysia.
Kulai perlu bersedia sebelum bergelar bandar raya
Perkara itu terlebih dahulu akan dinilai daripada keperluan semasa dan perkembangan sosio masyarakat.
Sandakan dinaik taraf bandar raya Februari depan - Bung Moktar
Sandakan akan dinaik taraf sebagai bandar raya kedua di Sabah selepas Kota Kinabalu, Februari depan.
Menara Kuantan 188, mercu baharu kebanggaan bandar raya pertama Pahang
Pada waktu malam, menara yang dahulunya dikenali sebagai Menara Teruntum, bercahaya dilimpahi lampu berwarna sekali gus menghidupkan suasana sekitar Kuantan Waterfront.
Perubahan status Kuantan akan bawa banyak kesan positif - Muhyiddin
Perubahan status bandar Kuantan tentunya akan membawa banyak kesan positif kepada penduduk dalam pelbagai segmen.
COVID-19: Rumah jagaan warga emas di New York wajib buat ujian saringan
Rumah penjagaan di New York diwajibkan menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas kakitangannya dua kali seminggu.
Seremban, dulu kawasan bijih timah kini bandar raya
Petempatan awal masyarakat di Negeri Sembilan adalah di Sungai Ujong, yang mula dibuka pada 1773, iaitu 247 tahun dahulu.
Penduduk yakin Seremban akan rancak membangun dengan status bandar raya
Seremban yang dinaik taraf menjadi bandar raya dilihat akan merancakkan aktiviti ekonomi serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan terutamanya kepada generasi muda.