Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono petang ini mengadakan perbincangan dengan pemimpin Riau bagi mencari jalan menangani masalah pembakaran hutan yang menjadi antara punca jerebu.

Sesi perbincangan telekonferansi itu disertai oleh Naib Presiden, Boediono dan beberapa menteri kabinet serta kepimpinan polis.

Susilo malam tadi melalui Twitter memberi kata dua kepada pemimpin di Riau: selesaikan masalah pembakaran hutan itu atau beliau akan turun campur tangan.

Susilo yang akan menamatkan mandatnya sebagai Presiden tahun ini selepas lapan tahun mentadbir berkata, masalah pembakaran hutan bukan isu baru malah isu yang berulang-ulang setiap tahun.