Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming menyeru masyarakat bukan Islam di negara ini untuk berpuasa selama sehari sebagai tanda solidariti kepada umat Islam di Xinjiang, China yang dilarang daripada menunaikan ibadah puasa oleh pemerintah di republik itu.
Beliau juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk mendukung kebebasan masyarakat Islam di Xinjiang, China untuk menunaikan rukun agama itu serta kebebasan beragama golongan minoriti di seluruh dunia.
Kian Ming menjelaskan beliau sendiri sudah masuk tahun kedua berpuasa.
"Sebagai seorang yang bukan Islam, saya menghargai peluang ini serta hak untuk berpuasa dalam bulan Ramadan untuk berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan yang beragama Islam," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Kian Ming, tindakan pemerintah di China melarang umat Islam di Xinjiang daripada berpuasa bermakna menyekat mereka daripada mematuhi salah satu daripada lima rukun Islam.
"Ini bertentangan dengan kebebasan beragama yang merangkumi kebebasan seseorang untuk menjalankan amalan keagamaan yang dianutinya," kata pemimpin DAP itu.
Parti Komunis China dan pemerintah di Xinjiang sebelum ini menyekat sebarang perhimpunan berbentuk keagamaan atas sebab-sebab keselamatan. Ia bimbang perhimpunan seumpama itu dijadikan pentas untuk menyebarkan mesej gerakan pemisah.
LIHAT GALERI FOTO MASYARAKAT ISLAM BERPUASA DI CHINA
Biro hal ehwal perdagangan di Turfan melalui laman webnya meminta kakitangannya tidak berpuasa atau terlibat dalam sebarang aktiviti keagamaan. Sebuah laman web lain menyebut: "Kami mengingatkan semua bahawa mereka tidak dibenarkan untuk berpuasa."
Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, larangan itu dikecam oleh kumpulan etnik Uighur yang melarikan diri dari China dan hidup dalam buangan.
Jurucakap Kongres Uighur Sedunia, Dilxat Raxit berkata tindakan kerajaan China yang menindas itu akan mencetuskan lebih banyak ketegangan.
Astro Awani
Thu Jul 03 2014
Gambar fail dua lelaki Uighur di luar sebuah masjid di Urumqi, ibukota Xinjiang. -- AFP
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Pencen penjawat awam: Perlu libat urus yang sesuai, pengumuman teratur - Ong Kian Ming
Ong berkata, cadangan tersebut patut dinilai secara sistematik dan terancang, bukan tergesa-gesa dan sembarangan.
Gantung dahulu pendaftaran PADU hingga isu keselamatan dibaiki - Kian Ming
Bekas Timbalan Menteri MITI dakwa terima maklum balas berhubung kelemahan dan keselamatan sistem PADU.
Kian Ming cadang individu berucap dalam BEC tidak terhad masyarakat Bumiputera
Ong Kian Ming mencadangkan individu yang dijemput berucap dalam Kongres Ekonomi Bumiputera tidak hanya terhad kepada masyarakat Bumiputera sahaja.
COVID-19: Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan, KJ dan Kian Ming saran lima langkah
Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan iaitu 29,129 kes pada 11 Disember 2023, satu trend yang turut disaksikan di peringkat serantau dan global.
[KOLUMNIS] Pelaksanaan rangkaian 5G kedua perlu telus, utamakan kepentingan rakyat
Prof Dr Ong Kian Ming mahu sebarang pelaksanaan 5G perlu dilakukan dengan proses telus dan melalui tender terbuka.
Calon PM DAP: Itu pandangan peribadi Ong Kian Ming, kata Nga Kor Ming.
Nga berkata, dalam sebuah negara demokrasi, mana-mana anggota parti bebas untuk memberikan pendapat termasuk berkaitan isu politik.
Khairy, Shahril dipelawa sertai DAP, perlukan calon Perdana Menteri
Bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan mendapat pelawaan untuk menyertai DAP.
Lapan cadangan tambah baik aliran trafik di pondok tol - Ong Kian Ming
Pemprosesan data besar yang betul akan memberi gambaran terkini mengenai kelajuan aliran trafik di pelbagai lorong.
PRU15: Bangi akan jadi kawasan pengundian mencabar kepada DAP - Loke
Parlimen Bangi akan menjadi kawasan pengundian yang mencabar kepada DAP pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Setiausaha Agungnya Anthony Loke Siew Fook.
Ong Kian Ming umum tidak bertanding PRU15
Kian Meng dalam satu muat naik di Twitter berkata, keputusan tersebut bukanlah diambil secara tergesa-gesa tetapi ia telah dibincangkan sejak tahun lepas.