PARA pemimpin dari seluruh dunia berganding bahu menyertai acara mengumpul dana anjuran Global Citizen dan Suruhanjaya Eropah.

Antara lain, matlamatnya untuk mengumpulkan sejumlah besar dana yang diperlukan bagi persediaan ujian dan rawatan koronavirus secara lebih meluas.

Antara yang menyertai acara ini termasuk Perdana Menteri New Zealand, Kanada, Perancis, Sweden dan Korea Selatan.

Di seluruh dunia, lebih 10 vaksin COVID-19 masih berada dalam peringkat awal ujian.

Walaupun sesetengahnya sudah ke tahap ujian akhir, ia masih memerlukan sehingga awal tahun depan untuk dilesenkan.

Secara keseluruhannya, acara pengumpulan dana menyaksikan para pemimpin politik dunia senada mengakui kesan serius COVID-19 kepada komuniti masing-masing.