PEMIMPIN parti pembangkang Kemboja Mu Sochua tidak ditahan pihak berkuasa Malaysia sebaliknya cuma melalui proses pemeriksaan biasa di lapangan terbang, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata pemeriksaan itu mengikut standard operasi berikutan Kerajaan Malaysia telah menerima surat daripada kerajaan Kemboja untuk menghantar pulang tokoh-tokoh yang namanya tersenarai dalam surat itu.
" Sebenarnya semua (pemimpin parti pembangkang Kemboja) yang sampai di Malaysia bukan ditahan tetapi mereka melalui proses tertentu yang dipakai oleh pihak berkuasa kita di lapangan terbang, itu adalah SOP (prosedur operasi standard) yang lazim. Kemboja beri senarai nama tokoh-tokoh politik ini, sebab parti mereka telah diharamkan.
Mereka (kerajaan Kemboja) minta kalau tokoh-tokoh ini sampai (negara kita), dihantar balik ke Kemboja," katanya ketika ditemui Bernama selepas memberi ceramah kelompok sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai di sebuah rumah di Kampung Teluk Kerang, dekat sini malam tadi.
Wanita berusia 65 tahun, yang juga Naib Presiden Cambodia National Rescue Party (CNRP) yang diharamkan di negara itu, dilaporkan ditahan oleh Jabatan Imigresen bersama dua lagi warga Kemboja ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Rabu lepas.
Bagaimanapun, Saifuddin berkata pihak berkuasa telah memberi kebenaran kepada pemimpin pembangkang Kemboja itu memasuki negara ini kerana kerajaan Malaysia membuat keputusan tanpa sebarang desakan daripada mana-mana pihak.
"Kita membuat keputusan tentang apa yang berlaku dalam negara dan di sempadan negara kita tanpa desakan mana-mana pihak. Jadi apabila kes-kes sebegini berlaku kita ada proses tertentu, itu yang berlaku di lapangan terbang, mereka semua dibenarkan masuk ke Malaysia dan mereka bebas bertemu dengan teman-teman mereka dan sebagainya.
Kita ikut SOP dan tidak ikut apa yang dipohon oleh pihak Kemboja kerana kita buat keputusan nak hantar orang balik ke, nak benar orang masuk ke dan sebagainya itu mengikut pengiraan kita sendiri," katanya.
Minggu lepas, Thailand tidak membenarkan Sochua masuk ke negara itu apabila beliau tiba di lapangan terbang utama di Bangkok.
Beliau, kemudiannya menaiki penerbangan ke Indonesia, sebelum Kerajaan Kemboja meminta wanita itu ditahan selepas mengadakan satu sidang media di sana.
Dilaporkan, pihak berkuasa Kemboja tahun ini menahan sekurang-kurangnya 48 aktivis pembangkang berikutan dakwaan mengenai cubaan menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Hun Sen.
Puluhan aktivis pembangkang yang meninggalkan Kemboja kerana bimbang ditahan menyatakan kesediaan untuk pulang sebagai tanda sokongan terhadap pengasas CNRP Sam Rainsy, yang kini hidup dalam buangan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 10 2019
Mu Sochua dilaporkan ditahan oleh Jabatan Imigresen bersama dua lagi warga Kemboja ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Rabu lepas. - Foto REUTERS
TPM mahu lebih ramai anak muda sabah diberi pendidikan TVET
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu lebih ramai anak muda di Sabah diberi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi menampung permintaan tenaga mahir daripada pelabur asing atau domestik di negara ini.
Warga emas melecur kebakaran dua rumah di Kota Belud
Wanita warga emas melecur dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Payas-Payas, Kota Belud, petang Sabtu.
Budak perempuan 7 tahun maut dua kenderaan bertembung
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Persiaran Indah Utama, Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.
Kerajaan dan Tabung Haji utamakan keselamatan jemaah haji
Mohd Na'im menjelaskan, kerajaan Arab Saudi juga berusaha memastikan urusan menunaikan rukan Islam kelima berjalan lancar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
10 Berita Pilihan - (20 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Tumpuan Ahad - 21 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
Imigresen laksana pemantauan 'omnipresence' di sekitar ibu negara
Antara kawasan tumpuan ialah KLCC, Jalan Silang, Kota Raya, Bukit Bintang dan Chow Kit.
Aidilfitri: QRT bertugas 12 jam bantu kelancaran operasi kaunter pemeriksaan CIQ BSI
Terdapat seramai 12 pegawai QRT ditempatkan di BSI, yang berperanan sebagai pegawai gantian melibatkan kesemua kaunter laluan pemeriksaan kenderaan.
Isu dakwaan kekerasan di depoh tahanan Imigresen, masih tiada wakil HRW tampil - KDN
Katanya, pihaknya sudah menyatakan kesediaan untuk bersemuka, namun sehingga kini, NGO itu masih belum memberi sebarang maklum balas.
Perlis akan cadang pintu sempadan Padang Besar dibuka hingga 12 tengah malam
Pihaknya akan menyediakan kertas cadangan untuk dipertimbangkan KDN, dengan proses menyiapkan kertas itu dijangka bermula selepas raya.
Seludup warga asing: Tiga pegawai imigresen, dua orang awam direman lima hari
Perintah reman hingga Ahad ini dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Sedang leka bekerja, 12 PATI ditahan di restoran popular Ipoh
Pemeriksaan dilakukan di dua lokasi iaitu sebuah restoran yang sangat terkenal di Ipoh dan rumah kedai yang terletak di tingkat atasnya.
KDN laksana kajian panjangkan tempoh sah laku pasport kepada 10 tahun - Saifuddin Nasution
Ketika ini tempoh sah laku pasport Malaysia adalah selama lima tahun berbanding Indonesia dan Singapura misalnya memperkenalkan tempoh sah laku selama 10 tahun.
Imigresen gempur penempatan haram, tahan 132 pendatang asing
Hasil risikan dan aduan yang diterima pihaknya mendapati perkampungan berkenaan wujud sejak empat tahun lepas, dilengkapi bekalan elektrik.
Imigresen tidak pernah henti operasi, pantau kawasan tumpuan pendatang asing - Ruslin
Jabatan Imigresen tidak pernah menghentikan operasi atau pemantauan terhadap 220 kawasan tumpuan pendatang tanpa izin di seluruh negara.
Pendatang lolos di Bidor: Tiada penglibatan dalang setakat ini - Imigresen
Jabatan Imigresen tidak mengesan penglibatan dalang dalam kejadian 131 pendatang asing meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor.