PEMIMPIN Taliban Pakistan, Mullah Fazlullah dipercayai terbunuh dalam satu serangan udara tentera bersekutu Amerika Syarikat-Afghanistan di Afghanistan.

Jurucakap Kementerian Pertahanan negara itu, Mohammad Radmanish mengesahkan kejadian dan mendedahkan ia berlaku Khamis lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan keselamatan Amerika Syarikat-Afghanistan, serangan dron anti-keganasan itu dilancarkan di Marawara berhampiran sempadan Afganistan dan Pakistan.

Bagaimanapun, kenyataan itu bagaimanapun tidak mendedahkan pihak yang terbunuh dalam serangan itu dan tidak menyatakan Fazlullah merupakan sasaran utamanya.

Fazlullah merupakan pemimpin militan yang paling dikehendaki susulan pembabitannya dalam pembunuhan pelajar sekolah pada tahun 2014 dan kes menembak pelajar sekolah, Malala Yousafzai yang kemudiannya dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel.

BACA: Terubat rindu, Malala Yousafzai akhirnya pulang ke Pakistan