Agensi-agensi Singapura kini berhubungan dengan agensi berkaitan Malaysia bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa pencemaran kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor.
Dalam satu kenyataan bersama hari ini, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) berkata mereka sentiasa memantau kejadian tersebut secara dekat.
"Kami faham operasi pembersihan oleh pihak berkuasa Malaysia sedang berjalan. Kawasan terlibat berada di luar kawasan tadahan Sungai Johor dan tidak ada sebarang kesan terhadap bekalan air Singapura," katanya.
Menurut kenyataan itu, SCDF, NEA dan agensi air PUB tidak mengesan kehadiran bahan asing dalam kualiti air dan udara tempatan.
"Pihak berkuasa Agri-Makanan dan Veterinar (AVA) juga bekerjasama dengan para petani bagi memantau situasi dan tiada bahan asing atau perubahan terhadap ikan yang berlaku di kolam-kolam ikan kita," kata kenyataan itu lagi.
BACA: Usul ditolak kerana Kerajaan Johor tidak mohon isytihar darurat - Hanipa
Kenyataan itu menambah, Indeks Piawaian Pencemaran 24 jan (PSI) sejak 6 Mac 2019 berada dalam keadaan baik ke sederhana, sementara bacaan 1-hr PM2.5 masih kekal pada Band 1 (Normal).
"NEA tidak mengesan sebarang kenaikan paras benzene atau lain-lain sebatian Organik Meruap (VOCs) di stesen-stesen pemantauan udara kami.
"Tahap ambien VOC di sepanjang pantai Singapura kekal pada paras selamat. Kualiti air laut di sekitar Pulau Ubin berada pada paras normal," katanya.
Pihak berkuasa berkata, mereka akan terus memantau situasi ini, dan akan memberikan maklumat terkini jika terdapat perkembangan yang penting.
Sehingga kini, 947 orang awam dirawat di hospital-hospital kerajaan dan swasta dengan sembilan daripada mereka berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2019
SCDF, NEA dan agensi air PUB tidak mengesan kehadiran bahan asing dalam kualiti air dan udara tempatan.
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Pencemaran bahan kimia: Singapura tidak terjejas
Agensi-agensi Singapura kini berhubungan dengan agensi berkaitan Malaysia bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa pencemaran kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor.