Aktivis alam sekitar mengadakan protes di Pristina, Kosovo bagi mendesak kerajaan memerangi pencemaran udara yang semakin teruk di kawasan itu.

Beratus-ratus peserta mengambil bahagian dalam protes pada Rabu.

Menerusi alat pemantau kualiti udara yang dipasang di kedutaan Amerika Syarikat di Pristina, tahap pencemaran udara di ibu negara adalah sangat tinggi dan tidak sihat.

Kualiti udara di Pristina menjadi semakin teruk disebabkan penggunaan loji jana kuasa lama yang masih menggunakan arang batu, asap daripada dapur kayu dan asap ekzos dari kenderaan-kenderaan lama yang masih digunakan.

Pihak berkuasa tempatan kini memutuskan untuk mengharamkan kenderaan dari bandar-bandar lain untuk memasuki ibu kota.

Selain itu mereka turut menawarkan kawasan tempat letak kenderaan di pinggir ibu kota dan penggunaan pengangkutan awam secara percuma.