Berita  | Dunia

Penduduk gempar UFO terbang melintas langit merah di Phuket

Penduduk gempar UFO terbang melintas langit merah di Phuket
Menerusi video pendek berdurasi 54 saat itu, orang ramai dilihat berhenti di tepi jalan untuk melihat sendiri fenomena terbabit yang turut menyebabkan kilat sambar-menyambar.
BULAN lalu, pelancong Darren Blakeley, 53, dikatakan berjaya merakam insiden luar biasa sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) di sebalik pembentukan awan berwarna merah.

Kejadian itu dipercayai dirakam ketika dia bercuti di Laguna, Phuket, Thailand pada 22 April lalu.

Menerusi video pendek berdurasi 54 saat itu, orang ramai dilihat berhenti di tepi jalan untuk melihat sendiri fenomena terbabit yang turut menyebabkan kilat sambar-menyambar.
BACA: 'Selepas melihat CCTV, kita tidak keseorangan' - Polis di Australia rakam objek seperti 'UFO'

VIDEO: Polis nafi viral UFO berlegar di Kuala Krai

Menurut Darren dari New Zealand yang kini tinggal di Singapura, dia tidak pernah melihat kejadian seperti itu dan ia menarik minatnya untuk terus membuat rakaman.

“Semua orang yang melihat insiden menggemparkan itu berasa kagum. Ketika kejadian suasana tenang. Yang ada hanyalah sebuah awan besar berwarna merah dengan kilat sambar menyambar di dalamnya.

“Tiba-tiba satu objek bercahaya dilihat keluar dari kepulan awan tersebut. Ia seperti babak dalam filem Avengers,” katanya.

Sehingga kini, rakaman Darren ditonton lebih 1.7 juta kali di media sosial dengan lebih 37,000 perkongsian. - Mirror

Tag: Thailand, pelancong, UFO, media sosial, video, objek terbang tidak dikenali, rakam video, awan merah


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.