Seorang pengantin lelaki baharu dan neneknya maut di India selepas salah satu hadiah perkahwinan meletup setelah dibuka.

Isterinya pula berada dalam keadaan kritikal akibat letupan itu yang berlaku di Odisha, India.

Soumya Sekhar dan Reema Sahu berkahwin pada 18 Februari dan telah menerima 'hadiah' tersebut di majlis perkahwinan mereka beberapa hari selepas itu.

Menurut polis, bungkusan bom tersebut tidak mempunyai alamat penghantar.

Selain itu, motif serangan masih belum dapat dipastikan. Namun, pihak polis mengesyaki ia dibuat oleh seseorang yang mendiami kawasan tersebut.

Berdasarkan kenyataan daripada adik-beradik pasangan tersebut, bungkusan tersebut meletup sebaik sahaja dibuka.