Paul Allen, pengasas Microsoft bersama rakan karibnya Bill Gates, meninggal dunia pada usia 65 tahun.

Syarikat Allen, Vulcan Inc dalam satu kenyataan mengesahkan beliau telah meninggal dunia akibat komplikasi limfoma non-Hodgkin.

Awal bulan ini Allen memberitahu barah yang dirawatnya pada 2009 telah kembali.

Allen dan Gates mengasas Microsoft Corp. pada 1975.

Syarikat tersebut mula menjadi popular pada 1980 apabila IBM Corp memutuskan untuk beralih kepada komputer peribadi.

IBM telah meminta Microsoft untuk menyediakan sistem operasi syarikat itu.

Ini telah mengetengahkan Microsoft menjadi pemacu technologi dan menjadikan kedua-dua anak kelahiran Seattle itu menjadi jutawan.

Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates dan Paul Allen dilihat ketika menonton perlawanan NBA antara Seattle SuperSonics dan Portland Trailblazers di Arena Key pada 11 Mac 2003. - Foto Reuters/Anthony P. Bolante

Allen, jutawan dengan aset AS$20 bilion, terkenal dengan kerja kebajikan, malah beliau merupakan pemilik pasukan ragbi Seattle Seahawks dan Portland Trail Blazers.