Majlis pengebumian mangsa korban lima sekeluarga yang terbunuh dalam kebakaran apartmen di Bronx tempoh hari berlangsung dalam suasana penuh emosi.

Holt Francis, dan isterinya, Karen Stewart-Francis; anak perempuan mereka, Kylie berusia 2 tahun dan Kelesha berumur 7 tahun dan sepupu mereka yang berusia 19 tahun, Shawntay Young antara mangsa korban kebakaran tersebut.

Dalam kejadian 28 Disember lalu itu, 3 terbunuh apabila apartmen yang didiami mereka musnah terbakar.

Ia disifatkan sebagai kebakaran paling dahsyat di Bandaraya New York sejak tahun 1990.