Pengganti Perdana Menteri Britain, David Cameron sebagai pemimpin parti Konservatif dan negara tersebut akan diketahui sebelum atau pada 2 September ini, menurut jawatankuasa pemilihan pada Isnin.

“Kami … mencadangkan proses pemilihan pemimpin baharu untuk parti Konservatif bermula pada minggu hadapan … dan selesai sebelum 2 September (Jumaat). Walaubagaimanapun, penyelesaian awal mungkin dapat diperolehi,” kata ketua jawatankuasa Graham Brady.

Parti Konservatif pimpinan Cameron menang besar dalam pilihan raya Britain, berbanding jangkaan akan berlaku saingan sengit dengan Parti Buruh.