Pengguna China terus menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan produk tenusu dari New Zealand selepas ia didapati mengandungi bahan toksik pada 24 Januari lalu.

Ini meskipun kerajaan New Zealand telah memberi jaminan bahawa bahan toksik yang ditemui dalam kuantiti kecil di dalam produk tenusu jenama Fonterra tidak mengancam kesihatan pengguna.

Sejurus selepas pendedahan itu, syarikat tenusu gergasi Fonterra mengeluarkan kenyataan bahawa kuantiti kecil dicyandiamide (DCD) yang ditemui adalah 100 kali ganda lebih rendah daripada paras ditetapkan kerajaan.

Meskipun begitu, ramai pengguna China yang risau menyeru pihak berkuasa untuk menyiasat samada produk tersebut diimport ke China.

Ini berikutan hampir 80 peratus daripada produk tenusu di China diimport dari New Zealand dengan 40 peratus daripadanya digunakan di dalam formula susu bayi.

Ini lebih-lebih lagi selepas insiden pada 2008 di mana tepung susu bayi yang dipasarkan di China didapati mengandungi melamin sehingga membunuh 6 bayi dan mengakibatkan 300 ribu yang lain tidak sihat.

Sejak kejadian itu, produk tenusu dari New Zealand, Eropah dan Australia sering mendapat kecaman daripada pengguna China.

Pada masa sama, kejadian ini turut menimbulkan satu kerisauan di pasran dimana pengguna risau ia akan mencetuskan panik di pasaran sehingga melonjakan harga susu jenama lain.

Peruncit di China bagaimanapun berkata setakat ini kerajaan masih belum mengeluarkan sebarang arahan untuk menghentikan penjualaan mana-mana jenama susu.

DCD merupakan sejenis bahan toksik yang diguna pada sektor perladangan bagi memperbaiki kualiti air dan mempercepatkan pertumbuhan rumput.