SEOUL:Mendiang Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee diberi penghormatan terakhir pada pagi Isnin.

Majlis pengebumian Kun-hee dihadiri pemimpin syarikat dan ahli politik.

Bekas Perdana Menteri Korea Selatan, Lee Nak-yon termasuk barisan pemimpin Parti Demokratik yang turut hadir mengucapkan terima kasih atas sumbangan Kun-hee dan menyifatkan kejayaan mendiang satu kebanggaan kepada negara.

Kun-hee, 78, meninggal dunia pada pagi Ahad di sisi keluarganya termasuk anak tunggal lelakinya yang juga merupakan Ketua De Facto Samsung, Lee Jae-yong.

Kun-hee dirawat di hospital sejak 2014 ketika diserang penyakit jantung.

Di bawah kepimpinan Kun-hee, Samsung bangkit menjadi pengeluar telefon pintar dan cip memori terbesar dunia dan pusing ganti keseluruhan firma itu menyamai satu perlima Keluaran Negara Kasar Korea Selatan.

Kebangkitan Samsung membantu menjadikan Kun-hee sebagai orang terkaya Korea Selatan dan ahli industri paling berkuasa.