Tutup

Berita  | Dunia

Penoreh getah maut ditembak di Yala

Penoreh getah maut ditembak di Yala
Seorang penoreh getah maut ditembak di bahagian kepala oleh dua lelaki di Daerah Benan Setar. - Gambar hiasan
YALA: Seorang penoreh getah maut ditembak di bahagian kepala oleh dua lelaki di Daerah Benan Setar, wilayah bergolak Yala, selatan Thailand, pada Khamis.

Semasa kejadian, lelaki berusia 36 tahun yang menaiki motosikal berseorangan di Jalan Senambin-Dalapae, Daerah Benan Setar itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari ladang getah, apabila dia ditembak dua lelaki dari jarak dekat, pada kira-kira pukul 9.20 pagi (waktu tempatan).
"Lelaki itu mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di Hospital Benan Setar," menurut seorang jurucakap polis di sini.

Menurutnya polis sedang menyiasat punca kejadian.
-- BERNAMA


Tag: penoreh getah, maut ditembak, Daerah Benan Setar, Yala, selatan Thailand, Hospital Benan Setar



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.