Pentagon menafikan sekeras-kerasnya Amerika Syarikat terlibat dalam serangan dron ke atas dua pangkalan udara milik Rusia di Syria.

Perkara berkenaan dinyatakan Pengarah Ketua Turus, Leftenan Jeneral Fenneth F Mckenzie Jr pada Khamis.

"Saya boleh nyatakan di sini Amerika Syarikat tidak terlibat langsung dalam apa jua serangan dron ke atas pangkalan udara Rusia pada bila-bila masa," jelas Mckenzie pada satu sidang media di Pentagon.

Kementerian Pertahanan Rusia pada Khamis mempamerkan dua dron yang didakwa berjaya dirampas susulan serangan itu.

Walaupun tidak menamakan negara asing yang dituduh dalang serangan, Presiden Rusia, Vladimir Putin membayangkan pihak tersebut adalah Amerika Syarikat.

Kremlin mendakwa serangan melibatkan tiga belas dron berteknologi tinggi.

Tujuh daripadanya berjaya ditembak jatuh.

Sementara enam dipaksa mendarat dengan menggunakan unit elektronik Rusia.