Seorang penternak lembu telah terbunuh selepas dibelasah sekumpulan perusuh yang menuduh mangsa sebagai seorang penyeludup lembu.
Kejadian yang berlaku di wilayah Alwar, Rajasthan pada malam Jumaat merupakan kejadian ngeri terbaru dalam siri serangan perusuh ekstrim terhadap sesetengah golongan di India.
Akhbar Khan, 28 tahun, telah diserang di sebuah kawasan yang dinamakan Ramgarh sewaktu sedang membawa ternakannya pulang ke Haryana. Pada waktu serangan, rakan mangsa yang masih belum diketahui identitinya berjaya melarikan diri dari serangan tersebut.
Agensi berita tempatan PTI melaporkan Khan dan rakannya membawa dua ekor lembu pada waktu kejadian.
Pegawai polis Anil Beniwal berkata pada ketika ini pihak berkuasa masih belum dapat mengesahkan sama ada mangsa merupakan seorang penyeludup lembu.
“Mayat mangsa sudah dihantar untuk bedah siasat. Kami sedang menyiasat dan mencari pihak yang bertanggungjawab. Kami yakin akan membuat tangkapan tidak lama lagi,” katanya.
Menurut PTI, pihak polis telah memfailkan kes pembunuhan terhadap orang yang tidak dikenali untuk kematian Khan. Mayatnya dibawa ke hospital kerajaan Ramgarh dan disahkan meninggal dunia oleh doktor.
Manakala bedah siasat pula akan dilakukan sejurus selepas ahli keluarga mangsa sampai ke hospital.
Ketua Menteri Rajasthan Vasundhara Raje mengutuk sekeras-kerasnya serangan tersebut dan berjanji akan mengambil tindakan tegas terhadap pesalah.
“Insiden serangan berkumpulan terhadap individu yang membawa dan menguruskan lembu di wilayah Alwar adalah perbuatan terkutuk. Kami akan mengambil tindakan paling tegas terhadap pihak yang terlibat,” katanya menerusi laman Twitter.
Sejak dua tahun lalu, wilayah Alwar telah menyaksikan beberapa insiden keganasan yang menggunakan nama lembu sebagai binatang yang mempunyai status suci di negara itu.
Seorang penternak lembu dan pengusaha susu Pehlu Khan telah dibunuh dalam sebuah insiden rusuhan yang hampir sama pada April. Manakala pada November 2017, Umar Mohammed telah ditemui mati di trek kereta api dan keluarga mangsa percaya dia dibunuh oleh golongan yang memanggil diri mereka pejuang lembu.
Mahkamah Tinggi India pada minggu lalu telah mengarahkan parlimen untuk membawa usul undang-undang menyelesaikan masalah keganasan berkaitan lembu dan serangan beramai-ramai ini menerusi pendekatan jangka masa panjang.
Ini termasuk melalui pencegahan, pemulihan dan tindakan undang-undang lebih keras untuk menghentikan insiden ini dari berulang lagi.
Antara kes berprofil tinggi melibatkan golongan yang memperjuangkan kesucian lembu di negara itu termasuk kejadian yang berlaku pada September 2015 di mana seorang lelaki beragama Islam yang dibunuh oleh lima belas perusuh yang mensyaki mangsa telah memakan daging lembu.
Sementara itu, syarikat aplikasi teks popular Whatsapp memperkenalkan langkah dan undang-undang baru bagi mengekang penggunaan aplikasi itu untuk menyebarkan fitnah dan berita palsu yang telah didapati menyumbang kepada peningkatan insiden keganasan di India.
Agensi
Sat Jul 21 2018
Mahkamah Tinggi India pada minggu lalu telah mengarahkan parlimen untuk membawa usul undang-undang menyelesaikan masalah keganasan berkaitan lembu dan serangan beramai-ramai ini menerusi pendekatan jangka masa panjang.
[TERKINI] Tragedi Helikopter Bertembung: Sidang Media Menteri Pertahanan
Ikuti langsung sidang media Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin susulan tragedi helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa. #AWANInews
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi mengelak ketirisan.
Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai diminta tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.
Nestlé Malaysia kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, bantu penuhi impian rakyat Malaysia
Nestle Malaysia memperkenalkan semula peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Penternak lembu mangsa terbaru serangan perusuh di India
Seorang penternak lembu telah terbunuh selepas dibelasah sekumpulan perusuh yang menuduh mangsa sebagai seorang penyeludup lembu.