SEORANG penumpang mencetuskan panik apabila dia cuba membuka pintu pesawat pada ketinggian 30,000 kaki di udara.

Perbuatan lelaki dalam usia 30-an itu menakutkan penumpang lain dalam pesawat Airbus A319 milik syarikat penerbangan easyJet yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Gatwick pada Rabu.

Tindakannya berjaya dihalang sejurus disedari penumpang lain.

Menurut saksi, penumpang tersebut membuat dua cubaan untuk membuka pintu pesawat yang menuju ke Pisa yang terletak di belah barat Itali.

“Saya nampak lelaki tersebut berjalan di lorong belakang menuju ke arah tandas,” kata seorang penumpang pesawat tersebut.

Pengarah syarikat easyJet dari Maidstone, Kent berkata penumpang yang ketakutan mula menjerit dan menangis selepas lelaki tersebut memaksa pintu pesawat untuk dibuka.

Kata saksi, “Beberapa penumpang lelaki merebahkannya dan sekumpulan penumpang lain duduk di sekelilingnya supaya dia tidak dapat bergerak.

“Dia tidak dapat bergerak sehingga kami mendarat. Kami tunggu di tempat duduk sehingga polis tiba.”

Polis di Lapangan Terbang Pisa dalam satu kenyataan mengesahkan suspek yang berusia 30-an dari Siena, Itali itu ditahan untuk siasatan.