Seorang penumpang pesawat Ryanair dipaksa keluar selepas dia dirakam mengoyak bajunya dan bertindak agresif serta mengancam anak kapal pada Sabtu.

Akhbar The Sun di United Kingdom melaporkan lelaki tersebut yang belum dikenal pasti identitinya telah bercakap secara kasar terhadap anak kapal semasa di atas penerbangan yang dijadualkan menuju Tenerife, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Stansted di London.

Namun, pesawat tersebut beralih arah ke Lapangan Terbang Marrakesh di Morocco di mana dia ditahan oleh polis tempatan.

Jurucakap Ryanair mengesahkan insiden tersebut dan berkata pihak polis sedang menyiasat lelaki tersebut

"Penerbangan dari London ke Tenerife diubah ke Marrakesh selepas salah seorang penumpang bertindak agresif dalam penerbangan," katanya dalam satu kenyataan.