Bertemakan ‘Perancangan Keluarga adalah Hak Asasi Manusia’, Hari Penduduk Sedunia disambut di seluruh dunia hari ini.
Tema ini dipilih kerana ia adalah hak keluarga terutamanya wanita untuk merancang dan menjarakkan kehamilan sekali gus memastikan ibu dan anak memperoleh manfaat kesihatan yang optimum.
Presiden Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia, Datuk Dr Raj Karim berkata perancangan keluarga secara sukarela tidak hanya membantu mengurangkan risiko kematian maternal serta kecacatan bayi disebabkan kehamilan dan kelahiran terlalu awal tetapi membantu mengurangkan kadar kemiskinan sesebuah negara.
"Anda boleh merancang tetapi jangan melahirkan anak-anak terlalu awal. Jangan terlalu cepat.
"Kami memang tidak menggalakkan untuk melahirkan anak-anak apabila mereka kurang daripada 19 tahun dan lebih daripada 45 tahun.
"Jarak antara anak-anak haruslah sekurang-kurangnya dua tahun. Jangan terlalu cepat, terlalu lambat dan rapat," katanya ketika menjadi tetamu rancangan 100 Hari Malaysia Baharu di Astro AWANI pada Rabu.
Raj turut menegaskan bahawa perancangan keluarga memang mendatangkan banyak faedah namun, amalan itu di negara ini masih di peringkat sederhana.
"Kami memang tidak begitu faham mengapa kebiasaan penggunaan kontraseptif di Malaysia semakin kurang.
"Saya rasa dari segi pengetahuan, mereka mempunyai maklumat dan tahu mengenai kepentingan perancangan keluarga.
"Mereka mungkin tidak mengamalkannya disebabkan oleh persepsi. Mungkin mereka takut jika mereka mengambil pil, mereka akan menjadi gemuk dan ada juga suami yang tidak membenarkan," tambahnya.
Sambutan Hari Penduduk Sedunia ini dianjurkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak tahun 1989.
Isabelle Leong
Wed Jul 11 2018
Raj Karim berkata perancangan keluarga secara sukarela dan selamat membantu mengurangkan risiko kematian maternal dan kecacatan bayi disebabkan kehamilan dan kelahiran terlalu awal. - Astro AWANI
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
'Barisan kabinet masih ada ciri-ciri pembangkang' - Tun Mahathir
Dalam tinggal kurang dari 24 jam pemerintahan 100 hari PH, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa barisan kabinetnya masih memiliki sifat pembangkang.
100 hari Kerajaan Pakatan Harapan: 17 inisiatif integriti, antirasuah dilaksana
Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad telah memutuskan untuk melaksanakan 17 inisiatif yang berkaitan dengan tadbir urus, integriti dan antirasuah dalam tempoh 100 hari pertama.
Perancangan keluarga adalah hak asasi manusia
Bertemakan Perancangan Keluarga adalah Hak Asasi Manusia, Hari Penduduk Sedunia disambut di seluruh dunia hari ini.
Kerajaan negeri Sabah komited mahu bela nasib rakyat
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Kerajaan Negeri akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam membela nasib rakyat dalam semua aspek bagi membentuk negeri yang mantap.
4-5 bulan lagi saya bertanding PRK, Parlimen Pekan pun boleh - Anwar Ibrahim
"Kawasan mungkin Parlimen Pekan pada waktu itu, saya belum tahu, Datuk Seri Najib nak letak jawatan atau tidak kita belum tahu. Kena fikirlah," kata Anwar sambil tersenyum.
Semak semula projek mega, termasuk ECRL, HSR - Azmin
Katanya, projek yang yang akan dikaji semula termasuk yang dicadangkan dan diluluskan secara tergesa-gesa sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.