Berita  | Dunia

Perdana Menteri New Zealand bertunang

Perdana Menteri New Zealand bertunang
Difahamkan pasangan ini dijangka akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. - Foto AP Newsroom
KUALA LUMPUR: Mungkin anda pernah dengar atau mengenali siapakah Jacinda Ardern?

Jacinda Ardern adalah Perdana Menteri New Zealand yang pernah mencuri perhatian berikutan kebijaksanaan dan sikap kepimpinannya dalam menangani insiden serangan di dua masjid di Christchurch, suatu ketika dahulu.

Terkini, Ardern dikhabarkan sudah bertunang dengan kekasihnya, Clarke Gayford, selepas lelaki itu melamarnya ketika cuti perayaan Easter.
Khabar berita itu disahkan oleh jurucakap beliau pada Jumaat.

Pasangan Ardern, Gayford merupakan hos bagi rancangan memancing di televisyen tempatan yang berusia 41 tahun.

Pasangan tersebut mempunyai seorang anak perempuan bernama Neve Te Aroha berusia 10 bulan dan dijaga oleh Gayford ketika Ardern sibuk mentadbir negara.

Difahamkan mereka dijangka akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, cara Ardern berhadapan dengan insiden serangan di Christchurch telah mendapat pujian masyarakat dunia.





Tag: Perdana Menteri, New Zealand, Jacinda Ardern, kahwin


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.