Perjuangan petugas barisan hadapan di Iran dalam memerangi wabak COVID-19 seolah-olah tiada titik noktah selepas hampir lima bulan tidak menunjukkan tanda semakin reda.

Iran yang merekodkan kes pertama COVID-19 pada Februari lalu, kini makin mencatatkan peningkatan dari hari ke hari.

Lebih-lebih lagi apabila perniagaan dibenarkan kembali beroperasi selepas diarah tutup beberapa minggu dan ini sekali gus menyebabkan pergerakan orang ramai tidak lagi terbatas.

Negara yang mempunyai kepadatan penduduk sehingga 80 juta orang itu mula memenuhi ruangan kedai, tempat awam dan kembali ke pejabat.

Perkara itu menyuntik kebimbangan pakar kesihatan yang melihat kelonggaran sekatan itu sebagai risiko peningkatan kes baharu.

Iran kini melaporkan lebih daripada 190,000 kes positif, dengan kira-kira 152,000 disahkan sembuh dan lebih 9,000 kematian.