Jumlah pemohon bantuan pengangguran di Amerika Syarikat (AS) terus meningkat dengan angka terkini seramai 3 juta orang memohon pada minggu lepas.

Menurut laporan CNN, ini meningkatkan angka pemohon kali pertama kepada 36.5 juta orang sejak pertengahan Mac.

Angka ini adalah sekitar 22 peratus daripada jumlah tenaga kerja di AS pada March.

Peningkatan ini adalah susulan daripada arahan penjarakan sosial yang masih wujud biarpun beberapa negeri telah di buka di AS.


Angka terbaharu minggu lepas adalah 500,000 lebih tinggi daripada yang diunjurkan sebelum ini.

Namun, ia dalam aliran menurun berbanding yang tertinggi dicatatkan sebelum ini.

Pakar melihat ini sebagai petunjuk yang ekonomi AS berada di landasan yang betul susulan keputusan penyambungan aktiviti komersial.

Jumlah mereka yang meneruskan permohonan bantuan pengangguran adalah sekitar 22.8 juta orang sehingga 2 Mei.

Angka pengangguran untuk Mei dijangka berada pada 25 peratus menurut Goldman Sachs.