Seorang perompak gagal meloloskan diri selepas mengalami kecederaan dalam kejadian berbalas termbakan dengan sepasukan anggota polis dalam kejadian yang berlaku berhampiran kuil Wilayat Ali Shah di Malir, Karachi pada Isnin.

Suspek yang cedera parah akibat terkena peluru dilaporkan sedang diberikan rawatan di pusat perubatan Jinnah.

Menurut polis, suspek dikenali sebagai Zulfiqar.

Ketika ditahan, polis merampas empat telefon bimbit milik mangsa.

Sementara itu, dua lagi rakan suspek yang berjaya melarikan diri kini sedang diburu pihak berkuasa.