Pihak berkuasa Peru mengeluarkan amaran pada Isnin terhadap pencemaran produk susu kanak-kanak yang diimport dari Perancis.

Direktorat Jeneral Keselamatan Alam Sekitar Dan Keselamatan Makanan Kementerian Kesihatan negara itu ,Peruluis Del Carpio, dalam satu kenyataan turut memberi amaran bahawa terdapat produk yang tercemar dijual di pasar raya.

Beliau menggesa orang ramai supaya tidak mengambil produk susu tersebut dan pihak berkuasa telah menghentikan pengedaran produk susu Gloria Infant peringkat tiga yang bertarikh luput dari Jun hingga November 2019.

Syarikat Gloria, yang mengimport produk Lactalis ke Peru bagaimanapun mengeluarkan kenyataan bahawa unit-unit yang diimport tidak menunjukkan sebarang risiko kesihatan sebelum diimport ke Peru dan telah menjalani pemeriksaan oleh kerajaan Perancis.

Bagaimanapun pengeluar produk itu dan pihak berkuasa Perancis telah mengarahkan produk susu berkenaan ditarik balik di peringkat global yang dianggarkan berjumlah jutaan unit kerana bimbang dicemari bakteria Salmonella.