Sebuah pesawat lama terhempas di Sungai Hudson, yang terletak di antara New York dan New Jersey.

Pihak berkuasa turut menemui mayat seorang lelaki, dipercayai juruterbang pesawat terbabit.

Pesawat kecil jenis P-47 Thunderbolt itu pernah digunakan semasa Perang Dunia Kedua.

Juruterbang itu dipercayai menerbangkan pesawat berkenaan sempena ulangtahun ke-75 peperangan tersebut.

Pesawat itu adalah antara tiga kapal terbang kecil yang berlepas dari Lapangan Terbang Farmingdale di Long Island.

Dua lagi pesawat dilaporkan kembali mendarat dengan selamat di lapangan terbang itu.