Berita  | Dunia

Pesawat Pegasus Airlines tergelincir berjaya dialihkan

Pesawat Pegasus Airlines tergelincir berjaya dialihkan
Pesawat Pegasus Airlines Boeing 737-800 yang tergelincir dari landasan di utara Turki telah dialihkan pada Khamis. - Foto REUTERS
Trabzon: Pesawat Pegasus Airlines Boeing 737-800 yang tergelincir dari landasan di utara Turki berjaya dialihkan pada Khamis.

Ketika kejadian, pesawat yang membawa 168 penumpang itu tergelincir di landasan Lapangan Terbang Trabzon pada Ahad minggu lalu.
Pesawat yang sedang melakukan pendaratan itu hampir masuk ke Laut Hitam namun bernasib baik kerana tersangkut pada lumpur.

Bagaimanapun semua penumpang dan anak kapal berjaya dibawa keluar dan tiada kecederaan dilaporkan.

Media Turki yang memetik laporan juruterbang pesawat tersebut melaporkan ketika kejadian enjin kanan pesawat yang berlepas dari Ankara itu mengalami lonjakan kelajuan dan uskar dikawal sehingga memaksanya bergerak ke arah kiri.