SEBUAH pesawat pejuang F/A-18F Super Hornet yang menjalani latihan terhempas di Laut Filipina pada Khamis.

The Navy dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat milik tentera laut Amerika Syarikat itu terhempas ketika sedang membuat latihan penerbangan dari landasan kapal tentera pembawa pesawat USS Theodore Roosevelt.

Dalam kecelakaan itu, juruterbang pesawat berkenaan bagaimanapun dilaporkan selamat selepas terjun dari pesawat berkenaan menggunakan kerusi lenting.

Menurut agensi berita UPI, juruterbang berkenaan telah menerima rawatan dan berada dalam keadaan baik.

Dalam pada itu, punca kejadian sedang dalam siasatan.

Terdahulu, USS Theodore Roosevelt dilaporkan kembali belayar bagi memulakan latihan sebagai persiapan kembali bertugas di Pasifik selepas hampir dua bulan tidak beroperasi susulan penularan COVID-19.

BACA: Selepas dua bulan berlabuh, USS Theodore Roosevelt kembali beroperasi